Laporan Bergambar Pada Rabu 18 Mac 2015 (semua gambar diambil pada Rabu 18 Mac 2015)
Bilik pejabat tapak perunding
Bilik mesyuarat-telah mula digunakan untuk kali pertamanya pada mesyuarat tapak no. 2 pada 12 Mac 2015 lalu
Kerja renovasi pejabat tapak selesai dijalankan. Menunggu peralatan pejabat seperti komputer, printer, telefon, fax dan sebagainya.
Dua gambar di atas adalah lokasi jentera tapak kontraktor ditempatkan di CH11+000 (anggaran, selepas jambatan Sg. Temor). Mulai berada di tapak pada Rabu 11 Mac 2015 dengan penghantaran pertama; sebuah jentera pengorek (excavator), sebuah kontena dan sebuah lori kecil. Kini pada Rabu 18 Mac 2015 telah menjadi 2 buah jentera pengorek, 4 buah kontena, 2 tangki minyak (skid tank), sebuah bulldozer dengan 5 orang pekerja.


Aktiviti pembalakan aktif pada masa sekarang. pemerhatian mendapati jentera pengangkut balak (termasuk jentera membawa keluar balak dari kawasan hutan ke tempat pengumpulan balak) bergerak aktif di sepanjang jalan sediada Kg Bawong sehingga melepasi RPS Legap (dari arah Kg. Bawong, anggaran sehingga ke CH21+000). Juga menyebabkan pencemaran debu yg ketara (dengan keadaan panas kebelakangan ini) dan gangguan penglihatan pada pengguna jalan ini di samping gangguan aliran trafik terutama di jalan sempit. Ianya juga akan menjadi faktor utama yg perlu diambilkira sepanjang kerja pembinaan jalan baru ini.
Akses masuk ke kawasan baru pembalakan di CH8+000 - CH9+000 (anggaran) dari jalan sediada. Berdasarkan notis papan tanda tertera tempoh pembalakan kawasan baru dari Jan 2015-Julai 2015.
3 gambar di atas adalah jambatan besi merentangi Sg Perlus di CH21+930 - CH21+980 (berhampiran penghujung projek)
tarahan cerun bukit bagi pembinaan projek jalan JKR yang sedang berjalan, anggaran di CH21+700
pemasangan struktur gabion oleh kontraktor projek jalan JKR, anggaran di CH21+700
laluan atas (kanan gbr adalah projek jalan JKR) manakala laluan bawah adalah (kiri gbr adalah projek KKLW) di CH21+700 (anggaran)
Aktiviti kerja jalan projek JKR di atas telah menyebabkan sebahagian profail topografi jalan sediada dan berhampirannya (seperti 3 gambar di atas) terganggu. Menunggu data ukur oleh pihak jurukur kontraktor untuk mengkaji sejauhmana kesan dan langkah-langkah seterusnya.
pejabat tapak dan penginapan pekerja kontraktor projek jalan JKR berhampiran penghujung projek ini di CH22+100
Lain-lain kerja di tapak:
-sepasukan jurukur yg dilantik oleh pihak kontraktor berada di tapak menjalankan kerja ukur
-lain-lain aktiviti fizikal tapak masih tiada/belum bermula
Mesyuarat tapak no. 2 telah dijalankan pada Khamis lepas 12 Mac 2015 di bilik mesyuarat pejabat tapak.