Tapak Projek Pada 1 April 2015

Laporan Bergambar Pada Rabu 1 April 2015  (semua gambar diambil pada Rabu 1 April 2015)



Kelihatan di kiri gambar peg kayu yang dilakukan oleh jurukur pihak kontraktor melibatkan penandaan sempadan ROW, laluan jalan baru, mengambil data aras sediada termasuk utiliti-utiliti sediada  sedang dijalankan. Kini sudah berada di CH9+375 (Bermula dari CH10+000)



kerja pelebaran dan penyelenggaran jalan sediada dilakukan oleh syarikat pembalakan sebagaimana tertera pada gambar di atas. Maklumat ini diperolehi dari operator grader di atas (anggaran di CH4+000).


Aktiviti di lokasi stor jentera pembinaan dan tempat tinggal pekerja di CH11+000 (anggaran) berhampiran jambatan Sg. Temor


Sg Perlus menjadi keruh setelah hujan beberapa hari kebelakangan ini. (Gambar diambil di atas jambatan di Kg Baru Lasah)


Kira-kira 100m jalan curam diturap (anggaran di CH1+000) dengan konkrit dipercayai dilakukan oleh pihak ketiga bagi memudahkan aktiviti keluar masuk lori balak.


Konvoi lori treler balak membawa keluar kayu balak di lokasi pengumpulan kayu balak
di lokasi CH5+000 - CH6+000 (anggaran)


Anak kelapa sawit baru ditanam dan sebahagiannya dipercayai berada di dalam ROW jalan projek ini (anggaran di CH1+000 - CH2+000). 



Nota:
-lain-lain aktiviti fizikal tapak masih tiada/belum bermula