Tapak Projek Pada 8 April 2015

Laporan Bergambar Pada Rabu 8 April 2015  (semua gambar diambil pada Rabu 8 April 2015)


lokasi stor jentera pembinaan dan tempat tinggal pekerja di CH11+000 (anggaran) berhampiran jambatan Sg. Temor: sekarang bilangan jentera telah ditambah menjadi 4 excavator, 2 backpusher, 1bulldozer, 2 skid tank dan 4 kabin 

kerja melebarkan selekoh sempit di CH11+500 (anggaran). operator backhoe di atas memaklumkan bahawa beliau adalah dari pihak kontraktor projek jalan JKR (projek jalan JKR selepas RPS Legap), kerja pelebaran dilakukan bagi memudahkan lori panjang keluar masuk bagi menghantar barang pembinaan


2 gambar di atas adalah menunjukkan penempatan baru kontraktor balak berhampiran jalan di Kg Jei (anggaran CH17+800)

Beberapa bonggol baru jalan didirikan merentangi jalan di Kg Santih (anggaran CH15+500)

papan tanda projek ke dua yang telah dipasang di RPS Legap

Tanah runtuh berhampiran jalan di RPS Legap akibat hujan yg kerap kebelakangan ini

Kelihatan paip bekalan air yang terlibat dan perlu dialihkan berhampiran RPS Legap 


2 gambar di atas adalah menunjukkan kerja pemasangan tiang TNB di sepanjang jalan dari Kg Dawoi (berhampiran RPS Legap) ke pejabat tapak kontraktor projek jalan JKR (projek jalan JKR selepas RPS Legap). Juruteknik TNB yang menyelia projek tersebut telah dimaklumkan tiang2 tersebut berada di dalam jajaran jalan baru yang akan dinaiktaraf. Pihak JKR, TNB, kontraktor projek telah dimaklumkan berhubung hal ini untuk tindakan sewajarnya.


2 gambar di atas adalah kerja penyediaan untuk pejabat kontraktor yang sedang berlangsung




Nota:

-lain-lain aktiviti fizikal tapak masih tiada/belum bermula

-pada Khamis 2 April 2015 lalu, pihak perunding telah mengaturkan perjumpaan dengan En. Ahmad Mustakim; Pegawai Hutan Daerah Kuala Kangsar & En. Ahmad Nizam; Renjer Pejabat Jabatan Hutan Lasah bersama Jurutera Residen Perunding, Pengurus Projek, jurutera projek kontraktork dan wakil pihak subkontraktor berhubung mengenalpasti kawasan zon Jabatan Hutan, mengenalpasti saiz/jenis pokok yang perlu ditanda untuk pemeriksaan bersama, tatacara prosedur melibatkan pihak Jabatan Hutan dan sebagainya,

-Mulai 1 April 2015, kakitangan baru kontraktor; seorang jurutera projek dan seorang pegawai keselamatan dan kesihatan telah mula berada di tapak,

-Pemerhatian menunjukkan pihak jurukur berada di tapak sehingga 31 Mac 2015 dan tidak muncul sehingga kini, pihak kontraktor telah disemak berhubung ini dan digesa agar kerja ukur disambung kembali dengan segera supaya ianya tidak menjejaskan kerja tapak sebagaimana dirancangkan.